Kali ini saya nak kongsi sedikit nota yang pernah saya catat tentang perbezaan istilah bahasa arab yang dipakai sebagai gelaran bagi pencuri atau lebih tepat, gelaran bagi pengambil harta manusia secara batil, istilah-istilah ini cukup banyak, cuma saya nak bezakan antara empat istilah yang hampir sama makna :
السارق – المختلس – المنتهب - الغاصب
Menurut Fadhilatul Shiekh Utsaimin Rahimahullah, perbezaan
antara istilah-istilah diatas adalah seperti berikut :
- As- Sariq : Orang yang cuba menyembunyikan perbuatannya dari awal hingga akhir
- Al- Mukhtalis : Orang yang memperlihatkan dirinya dari awal hingga akhir, tidak memaksa pemiliknya untuk menyerahkan harta tetapi merebut harta tersebut dari tuannya
- Al- Muntahib : Sama seperti yang kedua, cuma orang ini menyembunyikan dirinya pada peringkat awal
- Al- Ghasib : Sama seperti yang kedua, cuma orang ini memaksa pemiliknya secara keras untuk menyerahkan harta kepadanya
(dipetik dari kitab : Al- Muntaqa Min Faraidil Fawaid Libni Uthaimin)
Kalau dalam istilah bahasa melayu saya cuma dapat pastikan
gelaran bagi golongan pertama iaitu pencuri, manakala gelaran yang kedua, ketiga dan keempat mungkin berkisar antara beberapa istilah seperti perompak, penyamun, perampas, lanun, pembelot dan sebagainya
Mohon bantuan daripada pakar-pakar bahasa melayu untuk
meletakkan istilah yang tepat bagi golongan kedua hingga keempat.
0 ulasan:
Catat Ulasan