Kali ini saya ingin berkongsi dengan
sahabat-sahabat satu hadis tentang fadhilat mempunyai anak atau adik beradik
perempuan. Terdapat banyak lafaz hadis yang menerangkan tentang hal ini, namun
supaya artikel ini tidak terlalu panjang, saya fokuskan perbincangan kepada lafaz
hadis yang diriwayatkan Sayyidina Jabir bin Abdillah R.A :
" مَنْ
كَانَ لَهُ ثَلاثُ بَنَاتٍ ، يُؤْوِيهِنَّ ، وَيَكْفِيهِنَّ ، وَيَرْحَمُهُنَّ ،
فَقَدْ وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ الْبَتَّةَ ، فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ بَعْضِ
الْقَوْمِ : وَثِنْتَيْنِ ، يَا رَسُولَ اللَّهِ ؟ قَالَ : وَثِنْتَيْنِ
"
((“Barangsiapa yang
mempunyai tiga orang anak perempuan, memberikan mereka tempat tinggal, dan mencukupkan
keperluan mereka, dan berlaku belas kepada mereka, maka tentulah wajib
baginya syurga” maka berkatalah salah serorang dari yang hadir : bagaimana kalau
hanya punya dua orang sahaja wahai rasulullah? Rasulullah s.a.w bersabda : walau dua orang”))
Disebutkan
dalam hadis ini tiga syarat untuk mendapat balasan syurga :
1.
Memberikan tempat tinggal (يؤويهن )
Lafaz diatas
member isyarat kepada dua perkara :
I.
Ajarkan
kepada mereka untuk tetap berada di dalam rumah dan tidak keluar kecuali
atas keperluan atau untuk kebaikan.
Al-quran mengisyaratkan bahawa tempat perempuan solehah adalah di
rumahnya dalam tiga ayat , Allah s.w.t berfirman :
وقرن في بيوتكن
Ertinya :
dan hendaklah kamu tetap di rumahmu (Al-Ahzab : 33)
واذكرن ما يتلى في بيوتكن
Ertinya : Dan
ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu dari ayat-ayat Allah dan hikmah (Al-Ahzab
: 34)
لا تخرجوهن من بيوتهن
Ertinya:Janganlah
kamu keluarkan mereka dari rumah mereka (Ath-thalaq: 1)
II.
Rumah yang
ditempatkan anak perempuan tersebut hendaklah di makmurkan dengan zikir, ilmu
dan amal saleh seperti mana yang tersebut dalam ayat diatas bukan rumah
yang bersarangkan maksiat atau mengandungi alat-alat tayangan maksiat.
2.
Mencukupkan keperluan mereka (يكفيهن )
Di sebutkan di sini
dengan lafaz “mencukupkan” bukan memewahkan atau memberikan apa sahaja yang
mereka mahu sehingga merosakkan mereka, atau menyebabkan mereka memperkecilkan
atau membanding-banding pemberian ayahnya dengan apa yang diberikan oleh
suaminya ketika mereka berumahtangga kelak. Pemberian hendaklah sesuai dengan
firman Allah s.w.t :
والذين إذا أنفقوا لم يسرفوا ولم يقتروا وكان بين ذلك قواماً
Ertinya
: Dan orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka
tidak berlebihan, dan tidak (pula) kikir, dan adalah (pembelanjaan itu) di
tengah-tengah antara yang demikian.
3.
Berlaku kasih kepada mereka (يرحمهن )
Belas kasih yang kita faham
adalah berlemah lembut, tidak berlaku kasar apatah lagi memukul mereka dan
lain-lain lagi yg membawa makna yang sama, cuma belas kasih sebenarnya
hendaklah mengandungi dua perkara :
I.
Terpelihara
dari api neraka dengan mengajarkan dan
mendidik nilai-nilai agama agama dalam diri mereka seperti solat, puasa, menutup aurat, sifat malu dan
tegas dalam menjaga kehormatan. Allah s.w.t berfirman :
يا أيها الذين آمنوا قوا أنفسكم وأهليكم ناراً وقودها الناس والحجارة
Ertinya
:( Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api
neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu)
Kalau
anda benar-benar sayang dan belas kepada mereka, janganlah anda campakkan
mereka dalam api neraka.
II.
Memenuhi naluri dan perasaan
mereka sebagai wanita, jangan masukkan dalam rumah yang anda tempatkan mereka didalamnya
segala jenis penyebab yang mendakatkan mereka kepada zina sehingga berlaku
peperangan batin dalam diri mereka anta syahwat dan nilai agama.
Antara
bentuk kezaliman kepada anak perempuan anda adalah melambatkan pernikahan
mereka ketika telah tiba usianya dan telah datang lelaki yang beragama
melamarnya , diriwayatkan dalam suatu hadis (sanadnya sedikit lemah namun
maknanya sahih, di hukum sebagai hasan oleh syeikh Al-albani kerana banyak
syawahid) :
"إذا أتاكم
من ترضون دينه وخلقه فزوجوه"
Ertinya
: “ Apabila datang kepada kamu seseorang yang kamu redha dengan agama dan
akhlaknya maka kahwinkanlah dia”