Adakah anda tahu bahawa Allah S.W.T maha berkuasa yang mentadbir semua perkara? Maha pemberi rezki? Maha penyembuh? Maha mendengar? Maha pengasih? Maha Penyayang? Maha Pengampun? Maha pencipta? Maha mengetahui? Maha melihat?... Adakah anda yakin dengan segala sifat kesempurnaan Allah s.w.t dan menafikan segala sifat kekurangan yang di nisbahkan kepadaNya? Adakah anda yakin bahawa hanya Allah yang layak di perlakukan sebegitu rupa? Kalau anda benar-benar tahu, benar-benar percaya dan yakin, bergembiralah kerana anda telah memiliki tauhid, dan mentauhidkan Allah dengan ilmu pengetahuan dan keyakinan dinamakan Al- Tauhid Al- Ilmi Al- I’tiqadi (التوحيد العلمي الإعتقادي) , atau dikenali juga dengan tauhid Al- Rububiyyah (الربوبية). Tetapi, adakah cukup hanya sekadar kita tahu dan yakin menyebabkan kita dipanggil sebagai orang yang beriman? Kalau setakat tahu dan yakin, iblis lebih tahu dan yakin dengan kemuliaan, kesempurnaan dan kekuasaan Allah s.w.t seperti yang termaktub dalam firmanNya : قَالَ فَبِعِزَّتِكَ لَأُغْوِيَنَّهُمْ أَجْمَعِينَ [ص : 82] Ertinya: berkata Iblis “ Demi kemegahanMu akan ku sesatkan mereka semua” Jadi, tidak cukup hanya dengan ilmu dan keyakinan untuk membezakan pengikut rasul-rasul dan pengikut iblis, yang membezakan dua golongan ini ialah pembuktian tauhid secara praktikel dalam amalan harian yang dikenali sebagai Al-Tauhid Al-Amali Al-Iradi Al- Qashdi (التوحيد العملي الإرادي القصدي) atau dipanggil juga tauhid Al- Uluhiah. Tauhid secara praktikel inilah yang diserukan tiap rasul-rusal dahulu, Allah berfirman : وَلَقَدْ بَعَثْنَا فِي كُلِّ أُمَّةٍ رَسُولًا أَنِ اعْبُدُوا اللَّهَ وَاجْتَنِبُوا الطَّاغُوتَ [النحل : 36] Ertinya : dan demi sesungguhnya telah kami utuskan untuk tiap-tiap satu umat seorang rasul yang menyeru seraya berkata “ sembahlah kalian kepada Allah dan Jauhilah kalian akan Thaghut” Adakah rasul-rasul menerangkan kepada kaumnya dengan berkata” ketahuilah kalian bahawa Allah itu Maha berkuasa, Maha Mengetahui, Maha..Maha..”? Ya, itulah yang diserukan, namun tidak disebutkan di sini kerana tujuan utama ialah pembuktian dan perlakuan amali dalam mentauhidkan Allah s.w.t. Buktikanlah tauhid rububiyah kalian dengan tauhid uluhiyah. Wahai sekalian manusia! kalau betul kamu tahu dan yakin bahawa Allah itu pencipta, maka kenapa kamu sembah selain dariNya? kalau benar kamu tahu bahawa Allah maha mendengar, kenapa perlu kamu pergi ke kubur wali-wali untuk di jadikan perantara? Kalau benar yakin bahawa Allah maha berkuasa, maha penyembuh, maha pemberi, yang memiliki hati manusia, dan segala yang dilangit dan di bumi, mengapa perlu kepada tangkal, azimat, jampi-jampi, ilmu pengasih, sihir, guna-guna, bomoh, dukun dan sebagainya?” Allah s.w.t berfirman : قُلْ لِمَنِ الْأَرْضُ وَمَنْ فِيهَا إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (84) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ (85) قُلْ مَنْ رَبُّ السَّمَاوَاتِ السَّبْعِ وَرَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ (86) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ أَفَلَا تَتَّقُونَ (87) قُلْ مَنْ بِيَدِهِ مَلَكُوتُ كُلِّ شَيْءٍ وَهُوَ يُجِيرُ وَلَا يُجَارُ عَلَيْهِ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ (88) سَيَقُولُونَ لِلَّهِ قُلْ فَأَنَّى تُسْحَرُونَ (89) [المؤمنون : 84 - 89] Ertinya : Katakanlah (wahai Muhammad): "Kepunyaan siapakah bumi ini, dan semua yang ada padanya, jika kamu mengetahui?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak ingat?" Katakanlah: "Siapakah Yang Empunya langit yang tujuh dan Yang Empunya 'Arsy yang besar?" Mereka akan menjawab: "Kepunyaan Allah." Katakanlah: "Maka apakah kamu tidak bertakwa?" Katakanlah: "Siapakah yang di tangan-Nya berada kekuasaan atas segala sesuatu sedang Dia melindungi, tetapi tidak ada yang dapat dilindungi dari (azab)-Nya, jika kamu mengetahui?"
DAKWAH MASA KINI: DARI KONFRANTASI KEPADA ENGAGEMENT
-
Oleh: Prof Madya Dato’ Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin 1. Ramai yang agak
terkejut apabila melihat beberapa tokoh memulakan pendekatan dakwah yang
berbeza d...
6 tahun yang lalu
0 ulasan:
Catat Ulasan