Era globalisasi, dunia tanpa sempadan yang kita alami sekarang telah membawa perubahan yang ketara dalam kehidupan kita. Perkara penting yang ingin saya kongsi bersama rakan rakan pada kali ini ialah perubahan drastik seorang yang begitu lantang melaungkan permusuhan dengan syaitan di hadapan jutaan insan, namun menjadi kawan ketika bersendirian…Rasulullah s.a.w telah menceritakan dalam hadis thauban r.a yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, tentang satu golongan manusia dari umat baginda yang datang menghadap Allah s.w.t pada hari kiamat dengan amalan sebesar gunung Tihamah (nama sebuah gunung), namun Allah menjadikannya hilang seperti debu yang berterbangan, baginda kemudian memberitahu bahawa mereka adalah dikalangan umat islam, bangun qiamullail seperti mana orang islam yang lain, tetapi…
ولكنهم أقوام إذا خلوا بمحارم الله انتهكوها
"Tetapi apabila berhadapan dengan larangan Allah secara sunyi , mereka melakukannya".lihat Sunan Ibn Majah : 4245.
Jari dan mata akan menjadi saksi dihadapan Allah, apakah laman web yang kita lawati? berapa lama masa kita sia siakan? berapa nikmat Allah yang kita tujukan untuk melawan perintahnya?... jawab kepada diri sendiri ketika bersendirian sebelum soalan itu dijawab di hadapan Allah ketika di khalayak ramai, jawablah sekarang ketika masih dalam keadaan senang dan aman, sebelum manusia akan jawab dalam keadaan ketakutan dihadapan jahannam..
Gunakan waktu sebaiknya untuk amalan yang terbaik kerana
waktu yang kita miliki di dunia hanya tiga : waktu yang berlalu dan tidak akan kembali, waktu sekarang dan tidak akan kekal, waktu akan datang yang belum tentu kita miliki……….
Semoga Allah menjadikan kita dikalangan hambanya yang bertaqwa.
4 ulasan:
salam,,,ustm, macamana nak jadi seorang kawan sejati di depan dan di belakang? bagi petua sikit:)
Tapi kalau nak berkawan dengan syaitan tanyalah tokoh-tokoh syaitan, mereka lebih arif. Tetapi kalau nak berkawan sesama insan, tip2 berikut boleh di pertimbangkan :
1. Jadikan dasar persahabatan untuk mendapat keredaan Allah.Kerana sekiranya Allah menjadi tujuan, depan belakang tidak ada perbezaan. Kerana itu dua sahabat yang setia kerana Allah merupakan salah satu golongan yang dipayungkan di Mahsyar.
2. Cinta kebaikan pada kawan sebagaimana kita cinta kebaikan pada diri kita sendiri. Kalau namanya cinta tempatnya dihati. Jadi, kalau dasarnya adalah hati,depan dan belakang tidak jadi masalah lagi.
3. Sentiasa doakan kebaikan untuk kawan ketika di depan atau belakang. Kalau nak berdoa mesti pada Allah, kerana berdoa adalah ibadah, dan syarat terima ibadah hendaklah ikhlas, kalau dah ikhlas, tidak timbullah masalah depan atau belakang.... sekadar ini perkongsian secara ringkas, nanti kalau nak lebih ditil persama dalil insyaallah ana tulis artikel tentangnya.... cuma yang terakhir yang ana nak kata pada ust yeop yang bertanya : "sudah gerahu cendana pula, sudah tahu bertanya pula, bila mahu ketempat hamba, tuan hamba tahu apa yang perlu dibawa"...Wassalam
post dan komen yg sgt berguna..jazakumullahu khairan kathira..
Hayyakumullah Akh 5senses, terima kasih kerana mengikuti blog ini
Catat Ulasan