Apakah Sumbanganku Untuk Agamamu?

on Selasa, 7 Jun 2011


Ya Allah! Adakah benar selama ini aku telah berbakti kepada agamamu? Atau hanya aku berbudi kepada diriku? Adakah waktu yang ku habiskan selama ini dalam menuntut ilmu, benar- benar untuk agamamu atau hanya untuk memperbanyakkan gajiku? Adakah kesarjanaan yang ku kejar sekarang ini hanya kerana gelaran dunia dan pujian dari makhlukmu?
Ya Allah adakah selama ini telah ku curahkanku usaha-usahaku untuk agamamu? Ceramah demi ceramah, tazkirah demi tazkirah, risalah demi risalah, maqalah demi maqalah, tapi terkadang ku rasakan ianya hanya untuk diriku..segala kalimah yang ku keluarkan, segala detik yang ku luangkan, dibayar dengan gaji dan upah ..Ya Allah adakah aku benar-benar telah menyumbang untuk agamamu ya Allah?
Ya Allah adakah selama ini aku berkhidmat untuk agamamu, atau hanya menggunakan agama untuk berkhidmat pada kehendak duniaku?
Aku terfikir, apakah yang di inginkan nabi Nuh a.s selama hampir seribu tahun di kutuk sebagai si gila yang terhina? Apakah yang dimahukan nabi Ibrahim a.s sehingga dicampakkan kedalam api yang menyala? Apakah yang dikehendakkan nabi Ismail a.s sehingga sanggup disembelih sendiri oleh bapanya ? Apakah yang dikejarkan nabi Zakaria sehingga digergaji kepala dan tubuhnya?
Aku bertanya, adakah pernah Imam empat mazhab mendapat sebarang habuan duniawi dengan ilmu mereka? Adakah Imam Bukhari mensyaratkan hak cipta terpelihara untuk kitab-kitabnya? Adakah Imam Ibnu Taimiyah mengejar pangkat dengan usaha dakwahnya?..Tidak, demi Allah tidak! mereka semua tidak bekerja hanya untuk menyumbang tanpa pernah terfikir mencari sumbangan, siang dan malam mereka adalah untuk memberi, bukan untuk meminta sebarang gaji.
Ya Allah jadikanlah daku dikalangan hambamu yang ikhlas menyumbang untuk agamamu, jadikanlah aku dikalangan hambamu yang member manfaat kepada agamamu dan umatnya, bukan daripada yang memanfaatkan agamamu untuk dirinya…Amin Ya Rabbal ‘Alamin

Khatam Al-Quran Dalam Sebulan

on Khamis, 19 Mei 2011

Cuba kita ingat kembali, bilakah waktu terakhir kita khatam Al-Quran? Minggu lepas? Bulan lepas? Tahun lepas? Sepuluh tahun lepas? Ketika majlis khatam quran dulu? Atau belum pernah khatam?

Mengapa? Sebok? Banyak kerja lain? Terlalu tebal? Tiada kelapangan?...dengar dulu cadangan saya!

Mari bersama kita cuba khatamkan quran sekali dalam sebulan, boleh?

Dalam Al-Quran terdapat 30 juzu’, dalam sebulan ada 30 hari, jadi sehari kita baca satu juzu’, ok? Atau terasa banyak?

Dalam satu juzu’ mengandungi 10 helai kertas atau 20 muka surat, dalam sehari kita solat 5 waktu, jadi bacalah tiap-tiap solat 2 helai atau 4 muka, boleh? Atau terasa banyak?

Bacalah sehelai sebelum solat- ketika tunggu iqamah misalnya-, sehelai selepas solat, ok?

Kalau nak baca ikut jadual pun elok juga, ikut contoh jadual dibawah :

جدول جاداغن تلاوة القرآن فد تياف-تياف وقتو صلاة

الفجر

الظهر

العصر

المغرب

الغشاء

1

البقرة 50

البقرة 74

البقرة 101

البقرة 112

البقرة 141

2

البقرة 182

البقرة 203

البقرة 225

البقرة 234

البقرة 253

3

البقرة 274

البقرة 286

آل عمران 22

آل عمران 51

آل عمران 92

4

آل عمران 148

آل عمران 170

آل عمران 200

النساء 14

النساء 28

5

النساء 65

النساء 87

النساء 104

النساء 121

النساء 147

6

النساء 176

المائدة 26

المائدة 45

المائدة 56

المائدة 81

7

المائدة 120

الأنعام 165

الأنعام 43

الأنعام 58

الأنعام 95

8

الأنعام 147

الأنعام 165

الأعراف 43

الأعراف 58

الأعراف 95

9

الأعراف 153

الأعراف 170

الأعراف 206

الأنفال 14

الأنفال 41

10

الأنفال 75

التوبة 27

التوبة 60

التوبة 72

التوبة 96

11

التوبة 129

يونس 30

يونس 52

يونس 70

يونس 109

12

هود 49

هود 83

هود 123

يوسف 20

يوسف 57

13

يوسف 111

الرعد 18

الرعد 43

إبراهيم 18

إبراهيم 52

14

الحجر 99

النحل 40

النحل 74

النحل 90

النحل 128

15

الإسراء 59

الإسراء 98

الكهف 27

الكهف 46

الكهف 110

16

مريم 50

مريم 98

طه 76

طه 96

طه 135

17

الأنبياء 75

الأنبياء 112

الحج 35

الحج 48

الحج 78

18

المؤمنون 70

المؤمنون 118

النور 34

النور 52

النور 63

19

الفرقان 77

الشعراء 27

الشعراء 104

النمل 19

النمل 59

20

النمل 93

القصص 35

القصص 75

القصص 88

العنكبوت 45

21

الروم 30

الروم 60

لقمان 34

السجدة 30

الأحزاب 34

22

الأحزاب 73

سبأ 30

سبأ 54

فاطر 14

فاطر 45

23

يس 83

الصافات 152

ص 80

ص 88

الزمر 31

24

الزمر 75

غافر 46

غافر 65

غافر 85

فصلت 54

25

الشورى 53

الزخرف 45

الزخرف 89

الدخان 69

الجاثية 37

26

الأحقاف 35

محمد 38

الفتح 29

الحجرات 18

ق 45

27

الطور 49

القمر 55

الرحمن 87

الواقعة 96

الحديد 29

28

الحشر 24

الممتحنة 13

المنافقون 11

التغابن 18

التحريم 12

29

الحاقة 52

نوح 28

المدثر 56

القيامة 40

المرسلات 50

30

الانفطار 19

الطارق 17

الليل 21

القدر 5

الناس 6

Cuba dulu! insyaAllah tidak terganggu aktiviti harian anda. Kalau boleh luangkan masa satu jam untuk satu derama, luangkanlah 5 minit untuk Al-Quran tiap-tiap waktu solat